Mommy semua pernah dengar pasal Rotavirus?emy pun sebelum ni pernah dengar,tapi sebab tak ade kepentingan..biasa la..malas nak ambil pusing.bila dah kena ni baru sibuk nak google.hehehe...
Apa tu Rotavirus?
~ jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.
~ Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam.
~ Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.
Credit to : http://www.myhealth.gov.my/index.php/jangkitan-rotavirus
So,Jumaat..tengok dia still cirit dan demam.kami bawa balik ke Azzahrah.terus admit wad.
Dia memang jenis takut doktor,takut ubat..punya susah nurse nak masuk drip.kena balut dia dulu.meraung tak ingat.huuu...nasib nurse-nurse Azzahrah ni baik-baik.lemah lembut je..
Actually.kat rumah kak ros (pengasuh),kebanyakan budak yang dia bela kena rotavirus.bukan salah kak ros pun..sebab rotavirus ni memang senang berjangkit.kak ros bela juga cucu dia.cucu dia pun kena rotavirus ni.semalam terserempak baru discharge kat Azzahrah ni.hehehe..
Kami dapat bilik single.elok pun.kalau kongsi-kongsi kesian kat budak lain tak pasal-pasal berjangkit pulak.doktor yang rawat Haqeem ni Doktor Nazim.very nice doctor.
Pagi tadi macam dah ok sikit.sibuk minta ipad.
So malam tadi kami bermalam kat wad la..dengan Haiqal sekali tidur wad.kalau tak,Sayang suruh bawak Haiqal balik tidur rumah.emy godek-godek Mr.Google..jumpa website yang mengatakan baby umur 3 bulan atau yang fully breastfeed jarang kena rotavirus ni sebab diorang ada "passive immunity " dari susu ibu.
Memang susah nak elak dari terkena sakit ni.even persekitaran yang bersih pun kanak-kanak still boleh berjangkit.so,cara yang dicadangkan doktor ialah vaksin.
Tapi,bila emy buat research sikit pasal vaksin ni (cewah ayat research..padahal google je)..actually vaksin ni mengandungi bab1.ee..takkan nak bagi anak makan bab1 kan.fatwa pun dah mengatakan ambil vaksin ni tidak harus atau senang cerita haram la..KECUALI kita memang berada dalam persekitaran yang perlukan vaksin.hmm..so??
Lebih lanjut refer sini : http://drzubaidi.com/blog/keperluan-vaksin-rotavirus/
In shaa Allah,Emy akan try dapatkan pandangan lanjut Doktor Nazim atau tanya ustaz yang lebih arif.
Doakan Haqeem cepat sembuh ya.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePuan, berapa ye kos perubatan kat azzahra utk rotavirus ni?
ReplyDelete