Saturday, April 11, 2015

Boleh ke Ambil Vaksin Rotavirus?

Pertama kali Haqeem kena Rotavirus,emy memang blur pasal sakit ni.yang tahu sakit ni akan menyebabkan cirit birit,muntah dan demam.virus rota sangat mudah merebak malah dalam persekitaran yamg bersih pun boleh merebak.so,takde cara yang terbaik untuk elak melainkan dengan vaksin.



Seperti yang sedia maklum,vaksin Rotavirus ni TAK termasuk dalam imunisasi percuma Kementerian Kesihatan Malaysia tapi perlu diambil di mana-mana klinik atau hospital swasta.kenapa KKM tak masukkan vaksin ni dalam pakej imunisasi percuma?adakah mahal atau kurang bekeperluan?

Tapi satu lagi yang menjadi persoalan..BOLEH KE ambil vaksin ni?

Berdasarkan pembacaan di internet,ada yang mengatakan vaksin ni mengandungi bab1 (oink oink)

Ee..takkan kita nak bagi anak kita makan bab1 kan????!!

Pagi tadi,doktor yang in charge Haqeem iaitu Doktor Nazim,pakar paediatrik Pusat Perubatan Islam Azzahrah datang melawat.sambil-sambil doktor pantau kesihatan Haqeem,emy bertanyakan pasal hal ini.

Menurut Doktor Nazim,vaksin Rotavirus adalah HARUS berdasarkan sebab berikut : 

1. Mengenai dakwaan ada unsur BAB1 :

~di awal kewujudan vaksin ni memang ada satu kandungan yang mencurigakan dan diletakkan nama BAB1 tapi apabila dikaji bukanlah BAB1.

~vaksin ini diuji menggunakan air liur BAB1 dan diuji ke atas 1000 ekor BAB1.tetapi apabila telah diuji berulang-ulang kali,unsur BAB1 telah hilang dan jumhur ulama sendiri menyatakan apabila unsur BAB1 telah hilang,maka ia bukanlah BAB1 lagi.

2. Darurat

~ketika Fatwa 2008 dikeluarkan mengenai pengambilan vaksin rotavirus,majlis fatwa bersetuju mengatakan pengambilan vaksin adalah TIDAK HARUS @ HARAM kerana ketika itu rotavirus bukanlah dikira darurat.tetapi kini penyakit ini semakin menular dan TELAH MENYEBABKAN KEMATIAN.

Doktor nazim bercerita di Perak,ada kes budak meninggal disebabkan rotavirus.pada awal budak tu mengalami gejala ni,family budak tu ada bawa ke hospital..disebabkan wad penuh,budak tu balik semula ke rumah..tapi,semakin lama semakin teruk.kali kedua dibawa ke hospital,penyakit tak boleh dirawat dan budak tu telah meninggal dunia.Innalillah..

Maka,apabila dah menyebabkan kematian,pengambilan vaksin DIHARUSKAN.tetapi..fatwa masih belum UPDATE.

Panjang lebar Doktor Nazim terangkan.rasa dah masuk lecture pulak.hehehe..so,Doktor Nazim advice supaya kami ambil vaksin ni untuk Haiqal..bagi elak kes berulang sebab virus rota ni memang amat mudah berjangkit.siap doktor minta tengok jari.nak tengok kuku panjang ke tak.hehehe..sebab walau kuku tak panjang,cuma panjang sikit pun virus boleh duduk situ dan berjangkit.

Mommy semua buat la pilihan yang terbaik untuk anak.yang memilih untuk vaksin ada sebab tersendiri..yang tak memilih untuk vaksin pun ada sebab tersendiri..apa pun pilihan kita,tujuan kita tetap satu - ingin yang terbaik untuk anak...

kan? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...