Tuesday, April 7, 2015

Appoinment Koko di Jhan Veterinary Clinic

Sebenarnya,appoinment hari ni untuk doktor monitor earmites koko plus untuk mandulkan.tapi,bila fikir balik..emy cancel untuk mandulkan koko.ganti dengan vaksin.

Setakat ni,untuk urusan perubatan kucing,emy suka pergi ke Jhan Veterinary Clinic ni.emy pun tak survey harga mahal ke murah..rasa harga standard kot.tapi yang buat emy suka sebab staf sini ramah-ramah dan doktor pun baik.dah memang ada rekod kat sini,so memang pergi sini je la.

Waktu hari 1st emy ambil koko dari tepi jalan,emy terus bawa dia ke klinik ni.yela..waktu jumpa tu,memang keadaan koko teruk.dengan kurap,kutu..pastu otw ke klinik boleh koko berak dalam bakul.tapi,staf situ tak buat muka geli pun.tak memilih untuk layan kucing walau stray cat.so dari situ,emy rasa staf situ memang suka kucing.boarding pun emy hantar ke jhan.harga dulu untuk boarding RM 16 per day.lepas gst ni tak tau la naik ke tak.


Ni dia Jhan Veterinary Clinic.klinik ni dekat je ngan rumah emy.kat Seksyen 7 Bandar Baru Bangi.klinik dia menghadap SK Seksyen 7.senang je nak cari.

Appoinment koko kali ni doktor just tengok earmites.katanya banyak progress.earmites dah takde.Alhamdulillah.tak sia-sia selang sehari emy bersihkan telinga koko.

Tapi,earmites dah takde..masalah bulu gugur lak.

Doktor kata,masalah bulu gugur ni maybe disebabkan :
- makanan tak sesuai
- makanan tambahan tak sesuai


Hmm..setakat ni emy bagi dia biskut brand blackwood.vitamin bagi brewers yeast dan oceankiss.doktor kata dia tak berapa nak galakkan brewers yeast ni sebab masa dia belajar pun tak pernah ada kajian kata brewers yeast ni bagus.bila kerja je dia baru tahu ramai orang bagi brewers yeast ni.emy survey internet ramai kata brewers yeast ni bagus.tah la.

Oceankiss ni pulak doktor tak berapa sure.emy pun agak ragu-ragu juga dengan oceankiss ni.sebab dia repack.lepas emy dapat barang dan transfer duit.emy cuba nak contact balik orang yang jual oceankiss ni (fb : znz petshop).tapi dia dah block emy.tak tahu ape masalah.tu yang buat emy suspicious tu.agak pelik juga.dah pos barang..tapi kenapa dia block?apa salahnya buat after sale service.

So.doktor nasihatkan berhentikan dulu bagi makanan tambahan ni untuk sebulan.tengok ada progress tak.


Koko jumpe geng kat klinik.dia tengah gatal tu.nak ngorat la tu.tapi geng dia tu jantan jugak.kihkihkih.


Numen ni pun ikut sekali.kasut tertinggal pulak.doktor ngah bagi penerangan.dia sibuk nak ipad la..nak tepon la..riuh mulut.doktor nak cakap pun susah.



Koko dah siap vaksin dos pertama.next appoinment sebulan lagi iaitu 7 mei.doktor nasihatkan datang pada hari appoinment.kalau nak lewat pun jangan lewat dari 7 hari.kalau tak,kesan vaksin dos pertama  akan hilang dan perlu repeat vaksin pertama balik.owh gitu ya.baru tahu.


Jenis vaksin dan fungsinya untuk halang penyakit.

Selesai vaksin pertama.

Harga RM 50..vaksin RM 40.konsultasi RM 10.ok tak harga?

So koko.next appoinment 7 mei ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...