Tuesday, December 15, 2015

Pool best di Putrajaya

Nice view

Cuti sekolah berbaki lagi dua minggu.minggu last tu for sure bukan cuti lagi sebab dah sibuk dengan meeting dan persiapan awal tahun.so,sementara masih ada cuti ni..emy sibuk google google mane tempat swimming yang dekat dan best.saja la nak bawak budak budak tu jalan jalan happy happy.tengok haiqal pun suka je main air.

So,jumpa satu tempat ni - Pusat Maritim Putrajaya.location dia senang je.sebelah je dengan hotel pullman.

Pool ni dibuka setiap hari trmasuk cuti umum.

Waktu Operasi:

sesi 1 : 900am-1145am
sesi 2 : 1230pm-315pm
sesi 3 : 400pm-645pm
sesi 4 : 730pm-845pm

Kami ambil sesi kedua.


Pool ni kat tingkat satu.sampai sampai je,wah!!!besar jugak tempat dia.haiqal pun macam excited je.

Tu tengok tu.chewah!!suka sangat haiqal main air.abang dia?tu ha dah mengamuk takut air.hehehehe.bazir je beli pelampung.

Yang best nye pool ni takde klorin,pool indoor,besar..bilik salin bersih,view cantik..cuma yang agak tak best air dia terlampau lampau sejuk.sampai haiqal menggeletar.hehehe.so jadinya,setengah jam je dia berendam.aiseh..rugi rugi..ceritanya,kalau nak bawa anak kecik macam tak sesuai.kalau dah sekolah rendah tu mungkin ok.

Harga masuk pool ni?

Dewasa RM 5
Kanak kanak RM 3

Murah je.tapi kat putrajaya ni banyak pool.nak yang free pun banyak..kami pilih berbayar sebab nak indoor.yang free semuanya open air.tengahari panas la kan..kalau nak kena datang petang.

Happy holiday semua :-)


Tuesday, April 14, 2015

Tudung Labuh Pun Terer Sukan!

Bulan April biasa la.bulan paling busy.

Sukantara.
Sukan.
MISS 
MAPC

huu..sikit je tu.ada lagi.semua nak kejar sebelum budak exam ppt.lepas tu cuti,lepas cuti,puasa..pastu raya.lepas raya budak sibuk nak percubaan lak.

So,April bulan last untuk siapkan semua.tiap-tiap tahun sama je.biasalah.

Tak busy,bukan namanya sekolah!

Petang tadi,ada sukantara perempuan.

Bestnya sekolah ni,cikgu turun padang untuk pantau je.yang lain budak urus semua.bagus kan?tak perlu terjerit-jerit arah budak.AJK-AJK dalam firqah memang boleh diharap.love u all la :-) 

Rini emy bertugas kat lompat jauh dan rejam lembing.


Tengok tu.ada gaya kan?dont play-play.tudung labuh pun terer sukan tau!

Sementara bebudak lain sibuk merejam lembing,jom kita selfie!



Jadi cikgu ni memang penat.kerja lebih masa..no extra pay..buat kerja-kerja yang bukan lagi core business kita..fail,surat,key in bla bla bla.tapi,senyuman mereka will make our heart melt.

Ya.apa lagi pekerjaan paling untung?setiap hari ada saja orang yang doakan kita.masuk kelas,40 orang pelajar doakan kesejahteraan kita.sangat beruntung kan?

Cikgu sayang kamu semua.

Tudung labuh bukan saja terer sukan,tapi terer semua.mereka semua luar biasa.tudung labuh bukan picisan!


Monday, April 13, 2015

Nasi Lemak With Love

Masa emy tengah siap-siap nak ke sekolah,Sayang bangkit terus turun ke bawah.

Ingatkan apa.rupa-rupanya dia panaskan nasi lemak.

Jadi bekal emy kat sekolah harini.terima kasih sayang..emy agak la kan.dia masakkan nasi lemak sebab semalam emy merungut makanan kat kantin dah agak mahal sekarang.yela,sejak 1 April apa yang tak mahal...

Nasi lemak with love.i love u,Sayang :-) 

Sunday, April 12, 2015

Dari Blackwood ke Royal Canin

Bulu Koko gugur teruk.sebelum ni takde pun camni.

Atas saranan doktor,emy cuba tukar makanan Koko.doktor cadangkan Royal Canin Hair & Skin.kata doktor,RC antara jenama yang terbaik.



Dari Blackwood ke Royal Canin.

Bertuah la kau Koko..makanan pun standard high class.tuan kau pun makan makanan low class je.huu *menangis*

Tengok harga.mak kau RM 27 untuk 1 kg.blackwood jauh lebih murah.

Tu belum masuk GST.makanan meow pun kene GST!? *menangis sekali lagi*

Tak apa la..berkorban sikit.bak kata omputeh "prevent is better than cure".kang kalau sakit,kos "cure" lagi banyak dari kos "prevent".kau tu koko bukan ada medical card.

Saturday, April 11, 2015

Boleh ke Ambil Vaksin Rotavirus?

Pertama kali Haqeem kena Rotavirus,emy memang blur pasal sakit ni.yang tahu sakit ni akan menyebabkan cirit birit,muntah dan demam.virus rota sangat mudah merebak malah dalam persekitaran yamg bersih pun boleh merebak.so,takde cara yang terbaik untuk elak melainkan dengan vaksin.



Seperti yang sedia maklum,vaksin Rotavirus ni TAK termasuk dalam imunisasi percuma Kementerian Kesihatan Malaysia tapi perlu diambil di mana-mana klinik atau hospital swasta.kenapa KKM tak masukkan vaksin ni dalam pakej imunisasi percuma?adakah mahal atau kurang bekeperluan?

Tapi satu lagi yang menjadi persoalan..BOLEH KE ambil vaksin ni?

Berdasarkan pembacaan di internet,ada yang mengatakan vaksin ni mengandungi bab1 (oink oink)

Ee..takkan kita nak bagi anak kita makan bab1 kan????!!

Pagi tadi,doktor yang in charge Haqeem iaitu Doktor Nazim,pakar paediatrik Pusat Perubatan Islam Azzahrah datang melawat.sambil-sambil doktor pantau kesihatan Haqeem,emy bertanyakan pasal hal ini.

Menurut Doktor Nazim,vaksin Rotavirus adalah HARUS berdasarkan sebab berikut : 

1. Mengenai dakwaan ada unsur BAB1 :

~di awal kewujudan vaksin ni memang ada satu kandungan yang mencurigakan dan diletakkan nama BAB1 tapi apabila dikaji bukanlah BAB1.

~vaksin ini diuji menggunakan air liur BAB1 dan diuji ke atas 1000 ekor BAB1.tetapi apabila telah diuji berulang-ulang kali,unsur BAB1 telah hilang dan jumhur ulama sendiri menyatakan apabila unsur BAB1 telah hilang,maka ia bukanlah BAB1 lagi.

2. Darurat

~ketika Fatwa 2008 dikeluarkan mengenai pengambilan vaksin rotavirus,majlis fatwa bersetuju mengatakan pengambilan vaksin adalah TIDAK HARUS @ HARAM kerana ketika itu rotavirus bukanlah dikira darurat.tetapi kini penyakit ini semakin menular dan TELAH MENYEBABKAN KEMATIAN.

Doktor nazim bercerita di Perak,ada kes budak meninggal disebabkan rotavirus.pada awal budak tu mengalami gejala ni,family budak tu ada bawa ke hospital..disebabkan wad penuh,budak tu balik semula ke rumah..tapi,semakin lama semakin teruk.kali kedua dibawa ke hospital,penyakit tak boleh dirawat dan budak tu telah meninggal dunia.Innalillah..

Maka,apabila dah menyebabkan kematian,pengambilan vaksin DIHARUSKAN.tetapi..fatwa masih belum UPDATE.

Panjang lebar Doktor Nazim terangkan.rasa dah masuk lecture pulak.hehehe..so,Doktor Nazim advice supaya kami ambil vaksin ni untuk Haiqal..bagi elak kes berulang sebab virus rota ni memang amat mudah berjangkit.siap doktor minta tengok jari.nak tengok kuku panjang ke tak.hehehe..sebab walau kuku tak panjang,cuma panjang sikit pun virus boleh duduk situ dan berjangkit.

Mommy semua buat la pilihan yang terbaik untuk anak.yang memilih untuk vaksin ada sebab tersendiri..yang tak memilih untuk vaksin pun ada sebab tersendiri..apa pun pilihan kita,tujuan kita tetap satu - ingin yang terbaik untuk anak...

kan? 

Friday, April 10, 2015

Putera Sulungku Admit Wad : Rotavirus

Sejak Khamis Haqeem cirit-birit dan demam.balik sekolah Khamis tu,kami bawa dia jumpa doktor kat Azzahrah Bangi..doktor suruh admit wad.risau rotavirus.tapi..kami decide nak bagi ubat dulu.tengok sehari.if still cirit dan demam kami datang balik.

Mommy semua pernah dengar pasal Rotavirus?emy pun sebelum ni pernah dengar,tapi sebab tak ade kepentingan..biasa la..malas nak ambil pusing.bila dah kena ni baru sibuk nak google.hehehe...

Apa tu Rotavirus?

~ jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.

~ Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. 

~ Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.

Apakah yang menyebabkan jangkitan ini?

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis.

Credit to : http://www.myhealth.gov.my/index.php/jangkitan-rotavirus

So,Jumaat..tengok dia still cirit dan demam.kami bawa balik ke Azzahrah.terus admit wad.


Dia memang jenis takut doktor,takut ubat..punya susah nurse nak masuk drip.kena balut dia dulu.meraung tak ingat.huuu...nasib nurse-nurse Azzahrah ni baik-baik.lemah lembut je..

Actually.kat rumah kak ros (pengasuh),kebanyakan budak yang dia bela kena rotavirus.bukan salah kak ros pun..sebab rotavirus ni memang senang berjangkit.kak ros bela juga cucu dia.cucu dia pun kena rotavirus ni.semalam terserempak baru discharge kat Azzahrah ni.hehehe..


Kami dapat bilik single.elok pun.kalau kongsi-kongsi kesian kat budak lain tak pasal-pasal berjangkit pulak.doktor yang rawat Haqeem ni Doktor Nazim.very nice doctor.


Pagi tadi macam dah ok sikit.sibuk minta ipad.


So malam tadi kami bermalam kat wad la..dengan Haiqal sekali tidur wad.kalau tak,Sayang suruh bawak Haiqal balik tidur rumah.emy godek-godek Mr.Google..jumpa website yang mengatakan baby umur 3 bulan atau yang fully breastfeed jarang kena rotavirus ni sebab diorang ada "passive immunity " dari susu ibu.


Memang susah nak elak dari terkena sakit ni.even persekitaran yang bersih pun kanak-kanak still boleh berjangkit.so,cara yang dicadangkan doktor ialah vaksin.

Tapi,bila emy buat research sikit pasal vaksin ni (cewah ayat research..padahal google je)..actually vaksin ni mengandungi bab1.ee..takkan nak bagi anak makan bab1 kan.fatwa pun dah mengatakan ambil vaksin ni tidak harus atau senang cerita haram la..KECUALI kita memang berada dalam persekitaran yang perlukan vaksin.hmm..so??


In shaa Allah,Emy akan try dapatkan pandangan lanjut Doktor Nazim atau tanya ustaz yang lebih arif.

Doakan Haqeem cepat sembuh ya.

Wednesday, April 8, 2015

JJCM 1 : FlaminGrill Burgers

Dah lama jugak rasanya kami dah tak makan luar.satu,sebab emy diet.control taknak makan malam.dan satu lagi sebab GST.harga barang mencanak naik.so nak control badan dan duit lebih baik duduk diam-diam kat rumah.

Tapi,sebab dah lama tak makan luar..terasa juga nak makan yang lain dari yang lain.semalam ajak la Sayang makan luar..dan dia bawa ke sini.


FlaminGrill Burgers.

First time nak try ni.restoran ni terletak kat belakang PKNS Bangi.senang je nak cari.owh dan dia merupakan milik sepenuhnya bumiputera muslim.


Susun atur restoran.kemas dan cantik.tapi toilet berbau.kurang bersih.sinki pun macam tak terjaga.


Ada playground sekali.yang bawa anak-anak boleh la makan dengan senang hati.biar anak main dan kita boleh makan.tu Haqeem seronok la main jumpa geng.dia memang jenis ramah terlebih.kenal tak kenal dia buat macam kenal je.

Dah datang restoran yang signature dish nya burger mestilah order burger.Sayang order lamb burger dan emy order original flammin.


Lamb burger.ada nama bombastik dia.tak ingat.


Yang ni pulak original flammin.kami dua-dua ambil set.set biasa la ada burger,soft drink dan fries.

Try burger rasanya so-so je la.sedap lagi burger bakar.
Fries pun tawar.
Hmmm...

Lain orang lain citarasa.tapi bagi emy tak berapa menepati citarasa la.


Lagi satu restoran ni rupanya ada promosi "show anything orrange and get 15% discount on Wednesday".tapi yang sedihnya..kat kaunter staf yang ambil order tak remind pun ada diskaun ni.semalam rabu kan??huuu..dah duduk dan bayar baru perasan ada board ni.takpe la dah bayar pun :-( fikir positif.agaknya staf kaunter tu lupa kot...


Rate : 3.5/5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...